|
|
| Tuesday, 24-Mar-2009 00:31 |
Email | Share | | Bookmark |
|
|
|
Botani Garden, Tanjung bungah, Penang.
Taman Kota, Penang
|
|
|
|
|
|
| Friday, 20-Mar-2009 09:25 |
Email | Share | | Bookmark |
|
|
|
Jom..Penang
Pic ni diambil dari atas ferry semasa dalam perjalanan ke penang. pic yang lain kena tunggu......
|
|
|
|
|
|
| Tuesday, 10-Mar-2009 06:08 |
Email | Share | | Bookmark |
|
|
|
Dah hampir 2 minggu tak update FP ni..Banyak gambar-gambar yang masih terperap di memory kad.
Temasya Sukan di sekolah Alif pun dah 2 minggu berlalu. Baru hari ni berkesempatan untuk upload gambar-gambarnya. Jom zazzz kemeriahan temasya sukan SEK REN KEB IBRAHIM, Sg Petani.....
|
|
|
|
|
|
| Monday, 23-Feb-2009 03:49 |
Email | Share | | Bookmark |
|
|
|
Kesebukkan yang tiada penghujungnya..entahkan bila akan berakhir ..Sepatutnya dimusim kegawatan ekonomi ni kuranglah kesebukkannya tetapi di NAZA Automotive semakin banyak pulak projek yang masuk. Kadang-kadang rasa tak mampu nak handle semua kerja-kerja tu..rasa nak berhenti pun ada....tapi bila difikirkan takut juga nak berhenti ditengah-tengah kegawatan ekonomi ni..banyak company-company diseluruh negara yang membuang pekerja-pekerjanya. Sepatutnya bersyukurlah kerana kita masih ada pekerjaan dan gaji setiap bulan dan redha sahajalah walaupun sesebuk manapun kita...betul tak???.
Entry pada kali ni..tiada berkaitan dengan perkara diatas. Jom zaz..kucing kesayangku..Boboy, CT dan Fiona..
|
|
|
|
|
|
| Monday, 9-Feb-2009 00:40 |
Email | Share | | Bookmark |
|
|
|
Aina oh Aina..
|
|
|
|
|
|
| Monday, 2-Feb-2009 08:40 |
Email | Share | | Bookmark |
|
|
|
02/02/09 ulang tahun perkahwinanku yang ke 17 tahun. Semoga perkahwinan ini akan kekal hingga akhir hayat dan semoga tiada orang yang ketiga hadir dalam ikatan ini. Tiada apa yang istimewa pada ulang tahun kali ni..cuma hubby beli kek dan raikan dengan anak-anak kat rumah. Anak-anak bukan main happy lagi bila ada kek semuanya berebut nak tiup lilin dan potong kek tersebut. Habis rosak kek tersebut akibat terjatuh..jom zaz..
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 1-Feb-2009 23:24 |
Email | Share | | Bookmark |
|
|
|
Alahai..kena tag dengan Baayah pulak..macam mana nak jawap ni..
Peraturan nya:-
1. Copy badge "2008 Cute's 3logger Award" di atas untuk diletakkan di blog anda.
2. Link/ceritakan kembali siapa yang memberikan award ini kepada anda -
Baayah yang bagi..
3. Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta/hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya (anda di-tag)
1. --> Suka pada IT....kalau tak tak ada lah FP ni..
2. --> suka memasak semua jenis masakan..sebabnya..semua ahli keluarga suka makan dirumah dan makan apa sahaja yang dimasak (no complaint & no comment) nak tahu kenapa..complaint lah.. nanti mama mogok untuk memasak
3. --> suka pergi berkhemah dan memancing.. hubby dan anak-anak pun mempunyai hobby yang sama.....
4. --> Suka tersenyum..(bukan gila tau...) amalkan petua..supaya muka sentiasa nampak muda dan ceria. he..he..he..Hati ini pulak, mudah tersentuh bila tengok orang lain susah dan bersedih. Kalau tengok filem yang sedih pun ikut menangis sama.
5. --> Suka kemas rumah dan tak suka rumah yang bersepah..anak-anak pun dari kecil di ajar supaya kemas bilik tidur sendiri dan simpan mainan sendiri. Aina yang kecil pun dah ditraining untuk simpan mainan selepas main.. macam menderakan.
6. --> suka tanam pokok bunga yang mengeluarkan bau yang wangi dan berwarna-warni.
7. --> suka memelihara kucing dan bercakap dengannya. (orang kata..kita boleh menghilangkan tekanan dalam diri kita kalau kita bercakap dengan haiwan kesayang kita terutama selepas balik dari tempat kerja..)
8. --> Suka tengok filem bollywood...terutama bila pelakonnya kacak dan cantik..kalau tak cantik dan tak kacak tak mahu tengok.. . Filem hollywood pun suka jugak tapi filem yang banyak aksi yang lasak dan seram...
9. --> Suka pakai t/Shirt dan jeans.. pakai baju kurung cuma kemajlis rasmi dan kenduri-kendara sahaja.
10. --> Tak suka pada orang yang suka membebel, mendera kanak-kanak, menzalimi haiwan dan melupakan ibubapa sendiri. Saya suka mempunyai kawan yang ramai dan suka lakukan kerja-kerja sukarelawan.
Anda perlu memilih 10 penerima award seterusnya dan menyatakan nama mereka di blog anda :-
Siapa pula nak saya pilih ni...masih tak ramai lagi kawan dalam dunia FP ni.. mungkin lain kali boleh tak?? he..he..he
|
|
|
|
|
|
| Friday, 30-Jan-2009 10:11 |
Email | Share | | Bookmark |
|
|
|
Ucapan Hari Jadi yang terlewat.
Selamat Menyambut Hari lahir yang ke 31 tahun buat CT (aimct.fotopages.com). Semoga CT sehat dan berbahagia selalu.
|
|
|
|
|
|
| Wednesday, 28-Jan-2009 00:27 |
Email | Share | | Bookmark |
|
|
|
Ingin dikongsi bersama : EFEK KATA-KATA NEGATIF DAN KATA-KATA POSITIF
“Kami ciptakan dari air segala sesuatu yang hidup”(QS. Al-Anbiya : 30).Kajian saintifik di Jepun: Dr. Masaru Emoto dari Universiti Yokohama dengan tekun melakukan penyelidikan tentang perubahan molekul air.Air murni dari mata air di Pulau Honshu dido’akan secara agama Shinto, lalu didinginkan sehingga -5 darjah C di makmal, kemudian diambil gambar dengan mikroskop elektron dengan kamera halaju tinggi. Ternyata molekul air tersebut membentuk kristal segi enam yang indah.Percubaan diulang dengan membacakan kata, “Arigato (terima kasih dalam bahasa Jepun)” di depan botol air tadi. Kristal yang terbentuk sangat indah. Lalu dicuba dengan menghadapkan tulisan huruf Jepun, “Arigato”. Kristal membentuk dengan keindahan yang sama. Selanjutnya ditunjukkan kata “setan”, kristal berbentuk buruk. Diputarkan muzik Symphony Mozart, kristal muncul berbentuk bunga. Ketika musik heavy metal diperdengarkan, kristal hancur.Ketika 500 orang berkonsentrasi memusatkan pesanan “peace” di depan sebotol air, kristal air tadi mengembang bercabang-cabang dengan indahnya. Dan ketika dicuba dibacakan do’a Islam, kristal bersegi enam dengan lima cabang daun muncul berkilauan. Subhanallah.Semasa di suatu seminar yang rata – ratanya dihadiri oleh bukan Islam , Prof .Masaru Emoto menunjukkan beberapa molekul air yang buruk rupanya. Kemudian yang terakhir beliau menunjukkan molekul-molekul air yang begitu indah , berbentuk kristal yang bercabang-cabang dan berkilauan . Beliau kemudiannya bertanya kepada hadirin tentang molekul air tersebut. Hadirin senyap.Dengan yakinnya seorang peserta seminar dari Malaysia bangun dan berkata “itu molekul air zam-zam, air yang paling mulia”. Prof. Emoto menggangguk “saya tidak pasti sama ada itu adalah air yang paling mulia atau tidak tetapi memang benar itu adalah molekul air zam-zam”.Dr. Emoto akhirnya mengelilingi dunia melakukan percubaan dengan air di Swiss, Berlin, Perancis, Palestin, dan ia kemudian diundang ke Markas Besar PBB di New York untuk membentangkan hasil penemuannya pada bulan Mac 2005 lalu.Ternyata air boleh”mendengar” kata-kata, “membaca” tulisan, dan boleh “mengerti” pesanan. Dalam bukunya The Hidden Message in Water, Dr. Masaru Emoto menghuraikan bahawa air bersifat boleh merakam pesanan , seperti pita magnetik atau compact disk.Semakin kuat konsentrasi pemberi pesanan, semakin dalam pesanan yang terhasil pada molekul air . Air boleh memindahkan pesanan tadi melalui molekul air yang lain. Barangkali penemuan ini dapat menjelaskan, kenapa air putih yang dido’akan boleh menyembuhkan si pesakit.Tubuh manusia memang 75% terdiri daripada air. Otak 74.5% air. Darah 82% air. Tulang yang mampat pun mengandungi 22% air. Air diproses di tubuh meneruskan pesanan kepada air di otak dan pembuluh darah.Dengan izin Allah, pesanan tadi akan dilaksanakan tubuh tanpa kita sedari.Rasulullah SAW bersabda, “Zamzam lima syuriba lahu“, “Air zamzam akan melaksanakan pesanan dan niat yang meminumnya.” Barangsiapa minum supaya kenyang, dia akan kenyang. Barangsiapa minum untuk menyembuhkan penyakit, dia akan sembuh.Subhanallah… Pantaslah air zamzam begitu berkhasiat, karena dia menyimpan pesan do’a jutaan manusia selama ribuan tahun sejak Nabi Ibrahim AS.Apabila kita renungkan berpuluh-puluh ayat Al-Qur’an tentang air, kita akan tersentak bahawa Allah rupanya selalu menarik perhatian kita kepada air. Bahawa air tidak sekadar benda mati. Air menyimpan kekuatan, daya ingatan , daya penyembuh, dan sifat-sifat aneh lagi yang menunggu disingkap manusia. Islam adalah agama yang paling melekat dengan air.Solat fardhu wajib air wudhu 5 kali sehari. Solat sunat , memegang al –Quran.Persetubuhan, suami isteri wajib mandi.Wanita yang datang haid selepas itu pun wajib mandi. Mati pun jenazah wajib dimandikan dan lain-lain keadaan.Kita mestilah menghormati air . Jaga kebersihan dan jaga adab – adab serta jangan membazir.Seorang ilmuwan Jepun telah merintis. Ilmuwan muslim harus melanjutkan kajian kehidupan ini berdasarkan Al-Qur’an dan hadits.Wallahu a’lam. (Dipetik dari Virtualfriends.Net)
Gambar yang menunjukkan molekul berbentuk kristal berkilau apabila sesuatu yang baik diperkatakan
Gambar yang menunjukkan molekul kristal hancur dan berbentuk buruk apabila sesuatu yang beruk diperkatakan.
Dibawah ni pulak adalah contoh percubaan oleh seorang hamba Allah terhadap sisa nasi. Beliau telah menyimpan sisa nasi dalam 2 botol yang berasingan. Botol A dilebelkan dengan Perkataan "Kamu pintar, cerdas, cantik, baik, rajin, sabar, aku sayang padamu, aku senang sekali melihatmu, aku ingin selalu dekat denganmu, I Love You, terima kasih" . Botol B pula dilebelkan "Kamu bodoh, Goblok, Jelek, jahat, Malas, Pemarah, aku benci melihatmu, Aku tak mahu dekat dengan mu".
Botol-botol ini dipisahkan dan diletakkan ditempat yang selalu dilihat, lalu dipesankan kepada isteri, anak dan pembantu beliau supaya membaca lebel pada botol tersebut setiap kali melihatnya. Dalam seminggu, inilah hasilnya. Botol A yang dibaca dengan kata-kata positif bertukar menjadi putih kekuningan dan berbau harum seperti ragi sedangkan botol B yang dibacakan kata-kata negatif berubah menjadi busuk dan berwarna hitam denga bau yang tak sedap.
Moral di sebalik kebenaran di atas ialah kalau air, nasi pun boleh berubah dengan do’a, ayat-ayat al-Qur’an dan kata-kata yang baik, inikan pula manusia. Bukankah Allah berfirman “Berdo’alah (mintalah) kepada-Ku, nescaya Aku perkenankan”. Ibu bapa jangan serik untuk mendoakan kejayaan dan kesejahteraan anak-anak mereka. Insya-Allah berkat do’a (permohonan) yang ikhlas dan tidak putus-putus daripada ibu bapa, hati anak yang keras akan lembut, dan minda anak yang tumpul akan tajam jua akhirnya. Yakinlah dengan itu. Bukankah Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: Tiada berubah Qada’ itu melainkan dengan do’a”. Insya-Allah.
Ini pulak Label yang saya buat untuk dibaca oleh anak-anak dirumah dan saya lekatkan dibilik, dalam almari pakaian masing-masing.
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 4-Jan-2009 13:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
|
|
Selamat kembali kealam persekolahan.
Alia dah masuk darjah 1..ceria sahaja dia kesekolah tanpa rasa takut pun. Hari pertama kesekolah pun dia tak mahu dihantar, mahu naik bas sekolah katanya. just follow dari belakang nak tengok aksinya dari jauh. Sampai kat sekolah, dia terus kekantin (tempat perhimpunan bagi tahun 1) dan jumpa pula kawan yang satu tadika dengannya dulu apalagi lagi gembiralah dia.
Waktu balik dari sekolah mama dan abah tengok dari jauh juga. Alia cari bas sekolahnya dengan berpandukan kertas yang mamanya tulis (Nama dan no bas tu) ..Okay juga Alia ni..berdikari..
|
|
|
|
|